Friday, July 1, 2011

G a n g g u a n . E l e k t r i k . S e b u l a n !



Kalau TNB mengumumkan akan berlaku gangguan elektrik selama sebulan. Sudah cukup membuat kita menggelabah apabila membayangkan sebulan lamanya dalam gelap gelita, pasti kita akan cepat-cepat ke kedai untuk membeli lilin berkotak-kotak. Malah akan berlaku sedikit huru-hara apabila bekalan lilin terputus.
Tapi bagaimana dengan persiapan kita menghadapi “sakaratul maut” yang pasti terjadi?
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan”(Al-Anbiyaa:35)
Gelap gelita yang amat pekat dan hanya bersendirian di alam kubur, dahsyatnya Hari Kiamat & Hari Kebangkitan:
“Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat),dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya,dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (menjadi begini)?”,pada hari itu bumi menceritakan beritanya,kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.
Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya(Maksudnya ada di antara mereka yang putih mukanya dan ada pula yang hitam dan sebagainya.),Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
(Az-Zalzalah : 1-8).
Kematian adalah pasti. ..tapi kenapa kita malas ibadah tapi bersemangat pula untuk maksiat..?
So, jom sama2 ingat supaya jangan tak ingat!
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...