Thursday, June 2, 2011

A k u . D a . P e r n a h . M a e n . !

Photobucket

Di Malaysia pula, seorang remaja perempuan berumur 14 tahun telah mengaku dengan menulis di blog dia sendiri yang dia dah takde dara dan berbangga dengan maksiat yang dia telah lakukan.
Begitulah tulisan ‘budak’ ni kat blog dia. Kesian kat dia dan mak bapa dia yang tak beri dia didikan agama atau pun dah diberi didikan agama tetapi oleh kerana mengikut nafsu duniawi, bangga dengan zina yang telah dia lakukan.
Inilah cabaran yang kita sama-sama kita hadapi dan harungi. Apa akan jadi dengan generasi kita nanti?
Mungkin ‘budak’ ini tidak sedar apa yang dia lakukan itu menjatuhkan maruah dia dan keluarga dia, membolehkan pakwe dia ditangkap atas tuduhan merogol dan boleh dikenakan hukuman sebat 100 kali.
Firman Allah Swt:
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
”Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (An Nur [24]: 2)
Demikianlah hukuman Allah terhadap penzina. Biarpun pelaksanaannya di dunia tidak dilaksanakan oleh kebanyakan negara, tetapi itulah hukuman Allah. Andainya hukuman itu tidak terlaksana di dunia, dan mereka mati dalam keadaan tidak bertaubat, tempatnya di neraka.
Dalam rukun iman dijelaskan tentang adanya balasan baik dan buruk di akhirat. Setiap orang Islam mesti percaya tentang adanya balasan ini. Mereka yang beriman tidak akan melakukan dosa-dosa seumpama ini kerana takutkan balasan Allah. Orang yang tahu dan faham tentang balasan ini, tahu adanya tetapi masih tetap melakukan dosa yang berkaitan, mereka tidak ubah seperti orang yang tidak mempercayainya.
Ata’ bin Yasar, seorang tabiin juga ahli fikah yang terkenal dalam menafsirkan tentang neraka jahanam, menyatakan bahawa bagi neraka jahanam itu ada tujuh pintu. Pintu-pintu yang paling gelap, panas, penuh penderitaan dan menjijikkan lagi meloyakan baunya ialah pintu bagi mereka yang melakukan zina pada hal orang yang terlibat itu tahu bahawa zina itu haram.
Menurut Abu Abdullah asy-Syami, riwayat daripada Nabi s.a.w dalam sebuah hadis mursal, seperti yang diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat dinyatakan bahawa penghuni neraka mendapati bau yang menjijikkan. Mereka berkata, kami tidak mendapati bau yang lebih busuk menjijikkan daripada bau ini. Dikatakan bahawa bau tersebut adalah dari bau kemaluan zina.
Menurut Ibn Zaid, iaitu Abdul Rahman bin Zaid, seorang ahli fikah, ahli hadis dan ahli tafsir bahawa penghuni neraka diseksa dengan bau busuk dan menjijikkan kemaluan (faraj) zina.
Rasulullah s.a.w bersabda menyatakan agar setiap orang yang beriman itu menjauhkan diri daripada zina. Ada enam perkara yang akan dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan zina, tiga di dunia dan tiga lagi di akhirat. Di dunia ialah hilangnya keceriaan wajah, pendek umur dan sentiasa fakir, manakala di akhirat ialah kemurkaan Allah, balasan azab neraka dan hisab buruk.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...