Monday, May 23, 2011

T i p s . B a n g u n . P a g i



1. Regangan
Lakukan regangan secara perlahan, seperti melakukan gerakan yoga atau memutar tubuh ke kanan dan ke kiri. Gerakan ini akan membantu tubuh mengumpulkan tenaga, dan membuat fikiran anda fokus. Rasa pening-pening lalat yang kerap terjadi akibat bangun terlalu pagi pun lenyap.Solat Subuh dilakukan dengan pergerakan perlahan-lahan boleh dijadikan regangan juga.
2. Bergerak
Lakukan beberapa gerakan untuk melancarkan peredaran darah. Melakukan crunch (berbaring dengan lutut tertekuk lalu mengangkat kepala, leher, dan pundak), push-up, atau melompat-lompat ringan, juga cukup membantu.Lebih sesuai dilakukan selepas solat Subuh.
3. Hindari terlalu banyak kafein
Kafein memang boleh membuatkan anda ‘mata terang’ sepanjang hari, namun mengambilnya secara berlebihan (lebih dari dua cawan pada pagi hari) boleh membuat anda lemah pada tengah hari. Satu cawan saja sudah cukup membuat kadar tenaga anda stabil.
4. Minum
Ketika tidur, tubuh anda menggunakan simpanan air dan kerananya kita akan kehilangan cairan semasa anda bangun. Rehidrasi tubuh anda dengan beberapa gelas air sejuk tidak hanya akan menyegarkan tubuh, tetapi juga membantu menstimulasi sistem saraf dan pencernaan anda. Minumlah air putih sebelum tubuh anda diisi apa pun.
5. Buat jadual teratur
Tubuh kita menyukai konsistensi. Mengikuti jadual tidur dan bangun yang sama setiap hari akan membuat tubuh lebih mudah bangun pada pagi hari. Anda pun akan merasa lebih bertenaga sepanjang hari.
6. Pilih alarm dengan ringtone sesuai
Siapa pun tak akan suka terbangun kerana suara weker yang memekakkan telinga. Anda juga boleh meningkatkan risiko terkena serangan jantung, kerana bunyi yang tiba-tiba kuat boleh merbahayakan orang yang ada masalah jantung. Pilih ringtone handphone yang memperdengarkan muzik yang lembut, yang membangunkan anda secara perlahan. Bila perlu, letakkan handphone jauh sedikit sehingga anda perlu bangun untuk menonaktifkannya.
7. Redupkan cahaya
Matikan komputer atau TV satu jam sebelum anda tidur. Cahaya terang boleh mengalihkan perhatian anda, sehingga otak lebih sukar beristirahat. Dengan suasana tidur yang lebih tenang, anda boleh tidur lebih lelap, dan tubuh menyesuaikan diri untuk bangun lebih awal.
8. Segera mandi
Hal yang sukar dilakukan semasa bangun pagi adalah mandi. Namun di situlah kuncinya. Segeralah mandi dengan air sejuk untuk membangunkan sistem saraf anda, dan membantu menyedarkan anda. Selesai mandi, tak ada lagi rasa malas kerana fikiran dan tubuh anda sudah “bangun”.
9. Sarapan
Setelah “berpuasa” sepanjang malam, tubuh perlu tenaga untuk bergerak. Sarapan setiap pagi (meskipun hanya sekeping roti atau buah-buahan) akan membuat anda merasa lebih bersedia menghadapi aktiviti lebih awal.
10. Bernafas dalam-dalam
Bagi sebahagian orang, bangun pagi boleh menjadi detik paling mencemaskan. Bayangan mengenai apa yang harus dihadapi di tempat kerja, atau bagaimana mengatasi masalah dengan pasangan, akan segera memenuhi fikiran. Maka setelah anda bangun, ambil waktu untuk bernafas dalam-dalam untuk menenangkan tubuh dan fikiran.
Awali hari dengan tenang, agar segala aktiviti berjalan sesuai dengan mood baik anda.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...