Sunday, March 13, 2011

Santai Hujung Minggu

Hari ahad, hari minggu yang penuh dengan rase kebosanan, kemalasan dan bermacam lagi . Kebetulan hari nie saye bekerja pada sebelah malam, jadi untuk mengisi kesenggangan mase yang ade, saye lakukan beberapa aktiviti bersama keluarga.

Bermula seawal 10pagi selepas puas mengeliat badan aku merancang untuk keluar bersiar2 dan memenuhi permintaan isteri untuk menemani ke kedai manik di bangi. Tup tap...bersiap bagai dalam pukul 11pagi baru la nak bertolak keluar dari rumah, destinasi pertama, makan dulu....dari pagi bangun tido makan pepun tak lagi.

Kedai makan yang dituju adalah restoran chan abdullah (restoran makanan cina muslim) disekitar seksyen 8, bangi. Sepanjang 2kali saye mengunjungi dan beberape kali melalui restoran tersebut  tak pernah lenggang. Pade anggapan saye mase mule2 melalui kawasan tersebut mesti sedap makanan kat situ, ternyata la memang sedap dan istimewa pade tekak saye la (yang lain saye tak tau). Sampai2 je terus oder nasi itik panggang, nasi goreng seafood untuk isteri, wantan goreng dan air barli ngan kedondong asam boi yang pure kaw...




Itu dia hidangan yang d`oder....kalau tengok tu rase2 sedap tak? udang bersusun, bagi saye lauknyer memang tak kedekut la. Lepas sudah menjamu selera lokasi seterusnyer ke kedai mira manik ade betul2 kat belakang restoran chan nie. Memang betul2 ngam la. Manik dah beli lepas tu dah tak tau ke mana plak, tetibe teringat plak kat presint 2, putrajaya ade baazar hujung minggu betul2 berhampiran dengan kawasan parking monumen alaf baru. Aku tau pun mase bace surat khabar semalam, kirenyer ahad nie baru 1st time baazar tu diadakan. Bila sampai je kat situ, tengok masih tak ramai yang datang, mungkin tak ramai lagi yang tau kewujudan baazar tu. Yang berniaga pun saye tengok macam besa niaga kat pasar tani tiap2 selase ngan jumaat, kain baju,tudung, beg yang besa2 la. Ade jugak yang lainnyer macam da booth karaoke, jual lukisan, layang2. Kalau nak tau lagi, pe kate anda2 semua datang dan tengok sendiri kemeriahan baazar hujung minggu di putrajaya nie.



Kat sini saye takda snap gambo bekenaan baazar tersebut sebab saye rasekan baazar tu biase2 je, ape yang perasan pada perubahan kat kawasan sekeliling. Kafe yang berada betul2 berhampiran dengan monumen alaf baru. Putrajaya Lake Side Cafe...kedai dah lame mungkin penjenamaan baru. Kat situ sambil nak menjamu selera leh buat aktiviti sampingan macam tri-cycle baring 20 minit rm10, bot kayuh 30minit cume rm10 jugak.kalau dah boring naik kenderaan darat pastu nak merasa ronda2 keliling putrajaya leh la naik bot dari situ.

Cuaca pun agak baik  tak berape nak panas dan belum nak ujan tapi aktiviti dah sudah. Jadi...saye pun pulang la ke rumah....
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...